Sabtu, 21 Mac 2009

Adik Nik Nur Madihah Berjaya Memecah Rekod SPM 2008

Kartun Komik Dari Surat Khabar Kosmo! 18 Mac 2009

Siapa tak jangka yea... Walaupun ada halangan kaedah PPSMI berkaitan dengan subjek Sains dan Matematik. Nik Nor Madihah telah berjaya memecah rekod SPM 2008 dengan pencapaian 20 A. 19 1A, dan 1 2A. Sampai surat khabar Kosmo! pun siap buat kartun diruangan SMS Kosmo!. Malah... Media-media lain turut membuat liputan tentang kejayaan adik Nik Nor Madihah. Femes tue... :-o

Nik Nur Madihah bersama ibu bapanya.

Terbaru... Kerajaan Negeri menawarkan sebuah rumah bernilai RM130,000.00 kepada keluarga cemerlang. Sumbangan kerajaan negeri kepada keluarga cemerlang itu akan dibina Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) di Taman Perumahan Kurnia Jaya.

Wajah keluarga Nik Nur Madihah penuh ceria melihat keputusan SPM

Selain itu, organisasi-organisasi turut memberikan tawaran daripada MARA, BNM dan Petronas untuk memberikan biasiswa kepada Madihah.

Ok... Kepada student2 dah dapat result SPM 2008 yang berjaya, pilihlah Universiti, Kolej, dan Institusi atau pun tempat kerja yang sesuai utk diri. Bagi yang result kurang baik jangan anda berputus asa. Masih ada peluang lagi untuk anda berjaya. Gagal SPM, bukan gagal selama-lamanya. Ingat tue yea...

P.S:- Saya sebagai anak kelate tumpang bangga melihat kejayaan Madihah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sekarang anda boleh buat ulasan disini.

babab.net