Sabtu, 21 Mac 2009

Premiere Screening Of DragonBall Evolution

Asyik dok post artikel lain sampai terlupa hajat nak post pasal 2 tiket free tengok tayangan perdana "Dragom Ball Evolution".

Nuffnang.com post e-mail kat saya...Wow...

Ok... kali pertama saya dapat 2 tiket free nie daripada iklan banner nuffnang.com coz dia ada buat competition untuk hasilkan pose dan grafik ala-ala macam Son Goku buat seranggan Gelombang Kame Hame Haa... Nak tahu klik kat link nie http://azwan2009.blogspot.com/2009/03/im-going-kame-hame-ha-with-dragonball.html

Ramai ahli nuffnang.com nak tengok Dragon Ball Evolution

Selepas dapat tiket free kat GSC One Utama saya pun agak terkejut jugak coz sebelum nak masuk bilik panggung tue, anggota RELA buat pemeriksaan sama ada penonton-penonton bawa HP, Kamera, dan Laptop untuk rakam filem Dragon Ball Evolution. Pendek kata, takut filem dicetak rompakkan. Jadi saya sendiri terpaksa bagi HP kat security GSC untuk menjaga barang2...

Pasal filem Dragon Ball Evolution tue. Bagi saya ok, best gak citer dia walaupun watak dia tidak sama dengan anime Dragon Ball. Cuma sayangnyer, jalan criter dia nak cepat habis... bayangkanlah saya tengok dalam pukul 9:45mlm sampai ngam-ngam pukul 11:00mlm... Kejap kan... Jalan criter dia memang jauh beza coz kalu dibandingkan dengan anime time tue Son Goku masa kecik jee"Tak Sekolah", filem plak Son Goku dah Remaja "Dah blajar Sekolah/Kolej plak...???". Nak tahu sinopsis filem nie gi laman web http://www.imdb.com/title/tt1098327/ (Maaf... Malas nak ulas panjang filem nie...;-p)

Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada nuffnang.com kerana mengalakkan blogger membuat aktiviti-aktiviti bagus, dan disamping itu juga menambahkan pelayar-pelayar ke laman blog...

Korang nak join aktiviti-aktiviti nie... Apa kata korang layari laman web http://www.nuffnang.com/.

P.S:- Sedekah skit bleh... Just klik jee kat banner nuffnang.com kalu dia kuar gambo laa...;-p

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sekarang anda boleh buat ulasan disini.

babab.net