Isnin, 9 Mac 2009

Geng The Adventure Begins (Geng Pengembaraan Bermula)

Pada 28/02/2009 hari Sabtu. Baru siap semua kerja kat office. Time nie lah saya ambil kesempatan nak tengok sendiri filem 3D animasi yang pertama di Malaysia iaitu Geng The Adventure Begins (Geng Pengembaraan Bermula) di panggung wayang GSC One Utama dekat Bandar Utama Damansara. Sebab saya nak tahulah apa yang bagus cerita ini sampai surat khabar Malaysia pun sudah heboh pasal kejayaan filem 3DAnimasi ini.

Fisrt saya pergi dekat TGV Cinemas. Pergh... Memang dah Sold Out. Itu yang saya terpaksa pergi satu lagi panggung wayang GSC. Bila masuk beratur nak beli tiket, saya selalu tengok dekat screen TV coz nak tahu perkembangan pembelian tiket sama ada dah Available, Limited, dan Sold Out. Saya tunggu punya tunggu... last2 dah Sold Out. Itu yang saya rasa dah naik malas nak balik rumah. Bila dah giliran saya pergi kaunter beli tiket wayang tue. Saya cuba cakap jelah kat penjual tiket tue pasal Geng Adventure Begins ada ke tak walaupun dah Sold Out...??? Tapi... Apakah dayanya memang dah Sold Out. Jadi saya ambil keputusan tengok filem Street Fighter Legend Of Chun-Li. Penjual tiket tue check kat Komputer ada ke tak tempat duduk. Last2 komputer corrupt. Dan penjual tiket tue mintak saya gi satu lagi kaunter. Jadi dapat la gak beli tiket tengok filem Geng Adventure Begins, dapat tempat duduk tengah2. Sorang plak tue (Hehehee... Memang saya tengok sorang pun).



Pukul 9:30mlm saya masuk bilik no,11 kat panggung memang lenggang. Dalam pukul 9:45mlm terus full tempat duduk... Saya sendiri tak jangka. Kebanyakan penonton yang tengok cerita nie family, budak2 prasekolah, dan sekolah rendah/menengah.


Terus teranglah saya katakan. Filem Geng Adventure Begins tidak membuatkan anda bosan pun coz jalan cerita dan kualiti 3D Animasi OK...;-) Dari segi rekaan 3D iaitu character, props(perkakasan), modeling dan Environment kemas. Lipsycn (Bibir mulut) dan Mimik Muka dia ok...

Jadi kalau anda mahu menonton filem 3D Animasi yang pertama kali di Malaysia "Geng Adventure Begins" ini, tempah awal2 tiket... Memang ramai orang tengok filem nie sampai sekarang... Sebelum itu apakata kita layan trailer ini...



P.S:- Mungkin filem 3D animasi dalam minggu nie last kot...!!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sekarang anda boleh buat ulasan disini.

babab.net